Khamis, 12 April 2012

Mari kita sama-sama membaca 5 khasiat menangis dari sudut perubatan...

Bilakah kali terakhir anda menangis? Menangis sentiasa dikaitkan dengan wanita dan sifat lemah seseorang.
   

1. Menyahkan zat berbahaya dari tubuh badan

Zat-zat kimia yang dihasilkan oleh tubuh ketika dalam ketakutan boleh disingkirkan melalui tangisan.

2. Meningkatkan kadar degupan jantung

Degupan jantung akan meningkat ketika menangis dan ia dianggap sebagai latihan yang berguna bagi rongga badan, urat-urat dada dan kedua-dua belah bahu. Selepas menangis, kadar degupan jantung kembali perlahan sehingga menimbulkan perasaan yang sangat tenang.

3. Menghalang penyakit

Universiti Temple dari Amerika Syarikat telah mengkaji 100 orang yang menghidap penyakit radang usus besar dan luka pada perut dan 100 orang yang sihat. Mereka mendapat jawapan yang agak mengejutkan. Hampir semua pesakit yang menghidapi penyakit tersebut mengatakan bahawa menangis adalah tanda lemahnya peribadi, maka mereka memilih untuk memendam rasa hati mereka.

4. Membebaskan racun dari badan

Arthur Frank seorang ilmuan Amerika berkata, “Oleh sebab air mata berfungsi mengeluarkan unsur-unsur beracun dari dalam tubuh, maka menahan air mata bererti tumbuhnya racun secara perlahan-lahan. Secara fitrahnya perempuan lebih cenderung untuk berbanding kaum lelaki, maka secara umumnya usia hidup mereka lebih panjang berbanding usia lelaki kerana perempuan membebaskan banyak racun dalam tubuh mereka melalui tangisan.”

5. Air mata mengandungi 25% protein

Kajian-kajian yang dijalankan oleh para saintis membuktikan bahawa air mata mengandungi 25% protien dan satu bahagian daripada zat terutamanya magnesium. Ini adalah unsur yang tidak seimbang dan boleh menjadi racun kepada manusia. Ianya dapat dibebaskan daripada manusia ketika menangis.

Begitulah ceritanya tentang menangis. Jadi jika anda rasa nak menangis, jangan ditahan-tahan, biarkan ia berlaku kerana ia adalah satu terapi.
tapi janganlah menangis tanpa sebab dan suka-suka aje....nanti laen pula orang laen fikir.....^_^



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...