Rabu, 31 Julai 2013

Saat saat ibu melahirkan kita...


Assalamualaikum...
sebangai pembuka bicara... cewahhh!! hahaha
0k dah lama tak update blog nie... sebab buzy sangat2 dengan kuliah, assgmnt dan banyak lagi...
pape pun aq ucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN PUASA.. walaupun lambat takpe lah.. asalkan kita masih di bulan ramadhan...

ok untuk title kali nie rasa berminatlah pula nak cakap pasal ibu mengandung nie..
hanya orang yang menghayati sahaja yang tahu betapa sakitnya ibu kita ketika mengandung dulu.. kepada wanita2 di luar sana masa anda akan tiba juga.. anda akan rasa juga macam mane rasa yang ibu kita rasa time mengandungkan kita adik beradik... bagi lelaki don't forget.. ko bujang ke dah kawin ke duda sekali pun tanggunjawab terhadap kedua orang tua tetap akan ko pegang sampai hujungnya.. lain dengan perempuan, bila die kawin die akna ada tanggunjawab lain iaitu lebih mengutamakan suami dalam pape2 jua keadaan..

tak pasal2 aq dah bukak ceramah free.. hehe ok tak nak buang masa let see the video..



LIHATLAH BAGAIMANA KITA KELUAR DARI RAHIM IBU KITA..

RAHIM HANYA ADA SATU..TIADA GANTI LAGI..JAGALAH IA SEBAIKNYA......

Tiada sesiapa memahami sakit senggugut, kecuali wanita.
Tiada siapa memahami sakit mengandung, kecuali wanita.
Tiada siapa memahami sakit bersalin, sama ada normal atau ceaser, kecuali wanita.

Even dalam proses pecah dara pun, tiada siapa yang tahu sakitnya pecah dara, kecuali wanita.

Bagitahu saya, adakah pengalaman2 yang mereka lalui ini terlalu enteng? Terlalu minimal? Terlalu sedikit?

Lalu berhakkah satu2 pihak mengatakan wanita berpantang ini hanya melalui salah satu proses yang BIASA? Tidak perlu dijaga? Tidak perlu dimanja? Tidak perlu berpantang?

"Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid."
Sungguh tinggi darjat wanita.

Lalu mengapa ada wanita sendiri yang mengabaikan darjat yang disediakan untuknya?
Mengapa ada suami yang dengan senang-lenangnya melayan ibu di dalam pantang seperti hamba?

Jangan hanya kerana sang ibu sudah boleh berjalan, boleh makan, boleh tersenyum, boleh ketawa, kalian menganggap dia kuat. Sedangkan kalian tidak dapat membayangkan bagaimana nyawa mereka dihujung jantung semasa meneran dan mengeluarkan bayi mereka di dewan bersalin. Sedangkan kalian tak tahu bagaimana perut mereka dilapah 7 lapisan, termasuk rahim dihiris, satu persatu demi menzahirkan seorang anak.

Dan kepada wanita. Rahim anda hanya sebesar buah pear. Disitu anda melayan suami saban malam, mengeluarkan darah haid saban bulan, mengeluarkan bayi saban tahun.

Sebiji buah pear, mengeluarkan seorang manusia?

Lalu, jika dapat difikir menggunakan akal, jika dapat dihisab menggunakan fikiran, betapa tenatkah rahim anda sekarang? Atau akan datang?

Maka, sayangilah rahim anda. Janganlah ditenatkan lagi rahim yang sudah bekerja keras setiap detik untuk anda. Berpantanglah.

Dan untuk suami yang menganggap ini semua perkara enteng. Bukan sesuatu yang enteng melahirkan anak yang tak tahu mengenang pengorbanan rahim seorang wanita, iaitu rahim ibu2 kalian. Jika tiadapun perasaan malu, sekurang2nya adalah sedikit perasaan kesian. Jika anda masih layak bergelar suami.

Ada sebab mengapa syurga di bawah tapak si pemilik rahim.

sama2lah kita fikir dan muhasabah die ok... bukan sebelum tidur sahaja tapi setiap masa...
Wallahua'lam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...