Khamis, 12 April 2012

Alasan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur...


Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka.

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?
-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.


Dunia hampir kiamat.. Dulu, Wanita Kafir saja yang berani berSEKSI di tempat awam, sekarang ini Wanita-wanita Islam yang berpakaian seksi dan ketat pula senang dijumpai di tempat-tempat awam , malah di bulan Ramadhan pun mereka tidak malu.. Apa nak dikata.. Baju dan seluar yang tak cukup size ni lebih murah, kat pasar malam sehelai RM20 pon boleh dapat dah..
Apa yang sangat memalukan kita ialah golongan Wanita Islam ini menganggap TUDUNG adalah FESYEN bukannya perintah Allah.. Maka, dengan sesuka hati, mereka menggabungkan TUDUNG dan pakaian yang HARAM kerana mahu kelihatan anggun, cantik, seksi dan bergaya.. Tudung shawl sekarang ni.. Kebanyakkannya menampakkan dada..
Contohnya:
Tudung/shawl + Baju Sendat + Jeans Ketat
Tudung/shawl + Legging
Tudung/shawl + Kebaya Ketat
Tudung/shawl + Tshirt lengan pendek
Pemakaian legging di tempat awam dengan sengaja boleh mencetuskan imaginasi seksual dan mengghairahkan nafsu seks lelaki-lelaki awam yang melihat secara lansung atau tidak lansung.. Sebab itulah, pakaian longgar dan labuh bertindak sebagai pelindung maruah.. Pernah dengar wanita islam bertudung labuh kena rogol..?? Tak kan..?? Kebanyakkannya yang pakai legging, ketat ni lah yang kena rogol. 

Wanita-wanita ini sering memberi alasan “Kalau tak suka jangan pandang”, tapi kalau dah dihidangkan dan di tayang di hadapan mata, adakah si lelaki tidak akan memandang..?? Mereka sendiri yang menjadikan diri mereka sebagai ‘objek seks’ di tempat awam.. Boleh mengundang dosa untuk diri sendiri dan orang di sekeliling tahu.. Tayang body tuh kat suami sudah, tak perlu lah sampai kat tempat awam nak tayang betis kecik peha besar anda .. Tak sopan dan menyalahi hukum Allah..

Nabi Muhammad S.a.w bersabda , صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلاَتٌ مَائِلاَتٌ رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لاَ يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلاَ يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا

Maksudnya, “Ada dua golongan dari penduduk neraka yang belum pernah aku lihat; Suatu kaum yang memiliki cemeti seperti ekor sapi untuk memukul manusia dan para wanita yang berpakaian tapi telanjang, berlenggang-lenggok, kepala mereka seperti punuk unta yang miring. Wanita seperti itu tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya, walaupun baunya tercium selama perjalanan sekian dan sekian.” (Hadith Riwayat Muslim no. 2128)

p/s : berjaya di dunia tidak semestinya berjaya di akhirat...semuanya terpulang pada diri anda...mana jalan yang anda pilih SYURGA atau NERAKA???
selamat beramal...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...